Sejenis kupu-kupu genit spesis baru yang mempunyai sisik kepala warna kuning telah mendapat nama bersempena bakal Presiden Amerika Syarikat dek kerana memiliki rupa fizikal sama -menyerupai gaya rambut Donald Trump.
Spesis yang baru dikenal pasti itu adalah serangga kupu-kupu dengan nama saintifik Neopalpa donaldtrumpi yang habitatnya boleh ditemui di daerah Selatan Mexico dan sekitar Baja California.
Menurut jurnal saintifik ZooKeys, kupu-kupu jenis ini adalah spesis kedua dalam kelas genus rama-rama twirler yang bisa dikenal pasti menerusi sisik di kepala berwarna putih kekuningan bagi yang telah matang melepasi tempoh dewasa.
“Nama itu diputuskan bukan sahaja kerana rupa sisik kepala yang menyerupai gaya dan rambut Donald Trump malah bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat setempat agar sentiasa melindung dan memelihara habitat binatang sebegini,” jelas Nazari dalam sebuah artikel yang diterbitkan selesa lalu.
Untuk pengetahuan semua, bukan nama Presiden Donald Trump sahaja yang pernah digunapakai ke atas haiwan malah nama mantan Presiden Barack Obama juga pernah dipilih untuk menjadi nama kepada sejenis spesis ikan terumbu karang yang terpelihara di kawasan perairan Utara Hawaii sebagai tanda penghormatan atas usaha untuk memelihara habitat ikan tersebut.
SUMBER: Reuters & The Malay Mail Online