Kredibiliti Anuar Zain sebagai penghibur tanah air yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri ini serta pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh beliau telah membuka pelbagai ruang bagi kerjaya seninya. Anuar Zain yang sangat mementingkan karya-karya segar dan berkualiti tidak pernah lelah untuk muncul dengan sesuatu yang istimewa buat para pendengar muzik tanah air terutama sekali kepada semua peminat beliau.
Bagi peminat beliau yang sentiasa menanti kehadiran figura hebat ini, selepas rangkaian promosi Anuar Zain Album Tour 2016 memberi impak kejayaan besar, untuk tahun 2017 Anuar Zain tidak membiarkan peminat menunggu lama sekali lagi menjalankan promosi Anuar Zain Album Tour 2017 bersama pihak MYDIN sebagai penaja lokasi.
Peminat berpeluang untuk bertemu Anuar Zain di sesi Meet & Greet yang diadakan di setiap 5 lokasi ini:-
Mydin Samaring, Kuching, Sarawak – 12/02/2017
Mydin Pulau Sebang, Melaka – 26/02/2017
Mydin Parit Buntar, Perak – 05/03/2017
Mydin Senawang, Negeri Sembilan – 26/03/2017
Mydin City One, Kuching, Sarawak – 09/04/2017
Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak – TBA
Selain itu, Anuar juga menyediakan buah tangan baru kepada peminat setia yang menunggu kesinambungan klip video “Andainya Takdir”. Single kedua dengan judul “Cinta Takkan Berakhir” bakal ditayangkan pada 26 Januari 2017 jam 11 pagi di Youtube VEVO Anuar Zain. Muzik video ini dibintangi Sharifah Sakinah, Puteri Balqis, Eyra Hazali, Syafiq M.Nazri dan jemputan khas Faizal Hussin.
Jangan terlepas peluang melihat aktiviti seni Anuar Zain di laman rasmi Facebook dan Instagram Anuar Zain Network. Album Anuar Zain masih boleh didapati di semua toko-toko muzik, rangkaian Mydin dan juga pembelian secara online www.lazada.com.my.