Sempena Tahun Baru Cina, BIG Duty Free menawarkan promosi diskaun sebanyak 38% untuk semua barangan apabila tetamu pra-tempah pelbagai barangan bebas cukai menarik di laman web bigdutyfree.com.
Para tetamu yang terbang bersama penerbangan AirAsia Berhad (Kod Penerbangan AK) boleh menikmati rebat besar mulai dari sekarang sehingga 12 Feb 2017. Terdapat lebih daripada 100 jenis produk untuk dipilih di laman web yang menampilkan pelbagai jenama mewah. Barangan yang dibeli tersebut akan dihantar terus ke tempat duduk anda ketika dalam penerbangan.
Terdapat pelbagai tawaran hebat yang tidak boleh dilepaskan termasuk Maserati Watch Potenza Gents Watch yang berharga MYR 558,00 (harga asal MYR 900.00); SK-II Facial Treatment Essence yang berharga MYR 384.40 (harga asal MYR 620,00); Beautyblender® Original yang berharga MYR 58.90 (harga asal MYR 95.00); dan banyak lagi.
Tetamu boleh mendapat lebih banyak ganjaran kerana dengan setiap pembelian dalam talian, tetamu akan mendapat tambahan 8 kali mata ganjaran AirAsia BIG dalam tempoh promosi ini (setiap MYR2 yang dibelanjakan semasa tempoh promosi akan melayakkan pembeli dengan 8 mata ganjaran BIG). Ahli BIG yang berdaftar boleh menggunakan mata tersebut untuk menebus penginapan di hotel ataupun penerbangan dari serendah 500 Mata BIG melalui Jualan Panggilan Terakhir eksklusif untuk ahli sahaja.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, layari bigdutyfree.com.