Pemimpin baru Amerika Syarikat itu berang dengan kenyataan beberapa media yang dituduh palsu kerana membangkitkan isu bilangan hadirin yang datang ke majlis angkat sumpah beliau adalah tidak mendapat sambutan daripada rakyat tempatan berbanding hadirin ketika majlis angkat sumpah mantan Presiden Barack Obama 8 tahun lalu pada 2009.
Trump dan ketua jurucakapnya melancarkan serangan terhadap media kelmarin, hari pertama dia memegang jawatan berkenaan dengan menuduh wartawan tidak membuat laporan sebenar mengenai jumlah itu.
Serangan itu dilakukan ketika lebih dua juta orang membanjiri bandar raya di seluruh Amerika Syarikat dalam demonstrasi yang diketuai oleh wanita yang menentang Trump.
Ketika melawat ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Virgina, Trump bertegas menyatakan kira-kira 1.5 juta orang hadir untuk menyaksikan dia mengangkat sumpah.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer juga menyerang media ketika mengadakan sidang akhbar pertamanya dengan memarahi wartawan dihadapannya dan menuduh mereka membuat laporan salah mengenai jumlah yang datang Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, sudah terang lagi bersuluh yang gambar dari udara menunjukkan sebaliknya, kawasan berkenaan kelihatan agak lengang. Seperti dilaporkan media Jumaat lalu, hanya 250,000 orang sahaja hadir untuk menyaksikan Trump.
Bahkan angka selidik kehadiran ke majlis angkat sumpah Presiden Trump yang dilaporkan Politifact adalah yang paling sedikit sejak 20 tahun lepas iaitu sekitar 160,000 sahaja. Berbeza dari:-
Obama, 2009 – 1.8 Juta | Obama, 2013 – 1 Juta | Bush, 2001 – 300,000 | Bush 2005 – 400,000 | Clinton, 1993 – 800,000 | Clinton, 1997 – 250,000.