Seperti biasa, negara China yang sering tampil dengan perilaku aneh diluar kotak itu beberapa hari ini heboh menjadi topik perbualan gara-gara penyebaran foto di Weibo yang memperlihatkan seekor tikus diikat keempat-empat kakinya hanya kerana ditangkap sedang ‘mencuri beras’.
Tikus malang itu dikatakan telah ditemui di sebuah kedai serbeneka.
Dalam pada masa yang sama, sekeping nota turut digantung pada leher tikus berkenaan berbunyi:
“Huh? Ni je yang boleh awak lakukan? Kalau awak membunuh saya sekalipun, saya tidak akan mengaku yang sebelum ini saya pernah mencuri beras di rumah awak”.
Dalam foto kedua, notanya berbunyi:-
“Saya tidak akan lakukannya lagi!”
Individu yang bertanggungjawab memuat naik foto-foto tikus itu telah mengesahkan kepada MailOnline bahawa tikus itu ditangkap di sebuah kedai dekat bandar Zhuhai wilayah Guangdong yang merupakan milik rakannya. Manakala nota yang digantung pada tikus itu pula adalah tulisan pekerja-pekerja kedai tersebut yang sengaja ‘mengenakan’ tikus terbabit.
Apa pun, lelaki itu tidak menyangka bahawa gambar berkenaan akan tersebar luas seterusnya menjadi sensasi.
Dalam masa yang sama, ramai juga netizen yang meninggalkan komen tidak berpuas hati berikutan perbuatan yang boleh dianggap agak kejam dan zalim terhadap binatang itu.