Hey ladies, ada ke yang kat sini penggemar bunga sejati macam penulis?
Senang kata, tahap obses terhadap bunga tu boleh disetarafkan dengan puisi pendek yang orang barat selalu gunakan untuk pikat si kekasih hati berbunyi,
“Roses are red, Voilets are blue,
Sugar is sweet & So are you!”
Oh ya, tak lama lagi nak masuk musim panas dan bunga yang dijangka tiba dari penghujung Februari hingga Mei kan? Jadi manalah tahu kalau-kalau anda teringin hendak bercuti ke luar negara dan dalam masa yang sama sukakan bunga pula…
Nah, ini Wanista senaraikan lokasi yang harus dilawati sekali seumur hidup untuk memenuhi hasrat hati anda yang berbunga-bunga tu!
#1 Anafiotika Garden, Greece
Untuk pengetahuan semua, Greece adalah sebuah negara di dalam Eropah manakala Athens adalah ibu negara baginya.
Apa yang menarik di sini, selain kawasan perumahannya yang dibina di lereng-lereng bukit, Athens adalah bumi yang menyimpan segala kenangan dan tinggalan sejarah pada zaman Greece Purba.
Namun, selain dari binaan purba seperti Acropolis dan Parthenon, jangan ketinggalan untuk bersiar-siar sambil menikmati deru angin di sekitar Plaka dan Anafiotika.
Rasai pengalaman untuk melihat perkampungan dalam bandar yang indah dihiasai pohon bunga kertas yang merimbun! Cantik sangat umpama gambar hasil fotografi profesional yang sering dimuat naik ke Tumblr dan Pinterest.
Rakam kenangan indah di dalam foto untuk dikongsikan bersama teman di Malaysia. #ootd #wanderlust #traveltheworld
#2 Provence Lavender Field, Perancis
Negeri yang satu ini terletak di sebuah bandar lama dalam daerah Perancis.
Apa yang menarik di sini, selain budaya dan kesenian seni binanya adalah ladang bunga lavender yang terbentang luas! Tak percaya?
Cantik betul kan? Rasa macam tak nak berkelip mata langsung!
Sebagai bonus, jika anda melawat ke ladang lavender terbesar di Provence ni, anda turut dapat lihat ladang bunga matahari yang terletak dalam kawasan ladang yang sama! Memang berbaloi pengalaman anda.
#3 Ladang Bunga Carlbad Ranch, Selatan California
Dijangka akan berputik sekitar Mac hingga Mei (musimnya bertukar setiap tahun), ladang bunga Carlbad Ranch ini adalah antara taman bunga yang mempunyai tanaman paling banyak meliputi kawasan ladang seluas 50 ekar yang dibangunkan sejak 1920an.
Bukan itu sahaja, malah di sini bunga yang digelar Giant Tecolote Ranunculus inilah yang menjadi tarikan utama para pengunjung.
#4 Garvan Woodland Gardens, Arkansas
Alangkah indah dan nyamannya apabila dapat bersiar-siar dalam kawasan rimba yang tenang.
Boleh cuba berkunjung ke Garvan Woodland Gardens ini kerana selain pohon-pohon tinggi yang lazim dapat dilihat dalam hutan belantara, ia turut ditemani tanaman bunga yang mekar berputik!
Tak tamat disitu, anda pasti teruja melihat pohon yang telah dicantas sehingga membentuk arca bahkan pasti lebih tenang apabila mendengar bunyi air dari alur sungai yang ada di pinggir-pinggir taman berkenaan.
#5 Dubai Miracle Garden, UAE
Jadi siapa kata Dubai hanya fokus pada pembangunan pesat dengan adanya pelbagai pencakar langit yang unik.
Nah, ambil peluang keemasan untuk berkunjung ke taman bunga hebat di negara terkaya ini.
Pelbagai bunga ada ditanam dengan cara yang paling kreatif dan artistik! Selain pencinta bunga, mereka yang sukakan bidang reka cipta pun pasti gembira melihat corak lanskapnya…
Namun, ini adalah sebahagian aktiviti dan program tahunan yang mula dilancarkan pada 14 Februari 2013 sempena Hari Kekasih sedunia. Jadi kalau nak datang kena tunggu musimnya dahulu okay?
#6 Ashikaga Flower Park, Jepun
Tak hairan kalau masuk sini je terus tercengang tengok bunga yang berjuntai ni!
Ha kalau nak tahu, ni lah namanya pohon bunga Wisteria Trellis.
Umur pokok ni dah menjangkau 144 tahun tau! Hebat kan? Tapi bunganya masih boleh tumbuh rimbun dan sihat.
Boleh ‘feeling-feeling’ menari macam dalam filem Bollywood bawah pohon Wisteria Trellis kalau nak okay? Paling best bukan bunga tu je yang ada, bunga ros dan spesis yang lain pun ada juga…
Selamat melancong semuanya!