Pasti ramai yang tergelak sendiri apabila membaca tajuk artikel kali ini. Gelak sebab sedar dengan diri sendiri yang kuat kentut sampai tak peduli depan keluarga atau rakan kan? Mengaku sahaja lah yang anda ini memang ‘kaya’ dengan angin luar biasa itu.
Apa itu kentut?
Menurut Odde, kentut ialah gas campuran 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, 7% methane dan 4% oksigen yang terjadi atas pelbagai sebab, kejadian reaksi udara dan kimia didalam usus.
Cara yang paling efisien untuk gas itu keluar biasanya di lubang dubur. Sebenarnya kentut adalah perkara normal, jadi tiada sebab untuk rasa malu. Mereka yang selalu kentut ini orang yang sihat dan mengambil fiber yang cukup!
Bukan semua kentut orang sama! Ya, tak semua orang punya bau, rasa atau bunyi kentut sama. Jom ketahui beberapa jenis kentut yang kebanyakan biasa orang didunia keluarkan.
Kentut Tidak Berbau
Ada orang yang memang nasib dia selalu baik, kentut tapi tidak berbau biarpun kadang bunyinya kuat. Jika kentut anda jenis tidak berbau, ianya sama seperti sendawa, angin berlebihan didalam badan. Orang yang kentut tidak berbau ini biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan normal.
Ada bau~tapi tak melampau
Mungkin ia berbau busuk tapi tidak seteruk mana, jangan risau anda masih dalam keadaan kesihatan yang baik. Ini kerana ada juga makanan yang sihat memberi kesan bau kentut yang berbau. Jika anda suka makan daging, brokoli dan kubis bunga kumpulan makanan inilah yang biasanya memberi efek tersebut.
Kentut Busuk Sampai Buat Orang Lain Lemas
Siapa selalu kentut busuk sangat, sila ambil perhatian ya. Anda mungkin ada isu kronik dalam penghadaman atau gastroenteritis. Sentiasa peka dengan pengambilan makanan anda dan dapatkan ujian kesihatan di klinik atau hospital berhampiran.
Kerap Kentut
Kajian mengatakan orang yang mengambil lebih sayuran (diet tinggi kabohidrat) kebiasaanya mengeluarkan angin yang banyak. Anda yang kerap kentut juga biasanya mengalami ketidakselesaan perut dan bau kentut juga kadang-kala berbau. Jika bau kentut berbau, ambil langkah berjaga-jaga mungkin ada reaksi alergi makanan.