Petikan Ayat Al-Quran Mesej Imam Magid Kepada Donald Trump

Dari laporan CNN, upacara keagamaan sempena angkat sumpah Donald Trump yang berlangsung pada Sabtu lalu telah menjemput ketua-ketua agama dari seluruh Amerika Syarikat. Ianya diadakan secara tradisi sejak zaman George Washington.

Imam Mohamed Magid dipilih untuk mewakili agama Islam, dia pada mulanya mahu menyampaikan seruan azan tetapi telah mengubah niatnya untuk membaca petikan ayat pertama dari Surah Al-Hujarat,ayat ke-13 dan Surah Ar-Rum ayat ke-22.

Imam Mohamed Magid memilih dua petikan daripada al-Quran dengan implikasi mesej politik yang jelas, terutama pada masa persengketaan antara kaum dan agama, tatkala ramai orang Islam Amerika berasa terpinggir masa kini.

Bacaan ayat itu, turut disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan telah diadakan dalam gereja Nasional di Washington dalam satu majlis bersama Trump yang baru diangkat sebagai Presiden AS yang baharu, pada Sabtu lalu.

Menurut jurucakap Magid berkata, petikan ayat-ayat al-Quran itu sudah diluluskan oleh pegawai di gereja berkenaan untuk diperdengarkan kepada umum.

“Selepas pilihan raya, apabila banyak perkara yang telah dikatakan tentang Islam, dan ada soalan mengenai kesetiaan umat Islam, ayat-ayat ini bertujuan untuk menyampaikan mesej bahawa kita mesti bersatu dan menghormati kepelbagaian – bahawa ALLAH  menjadikan kita seperti ini,” kata Rizwan Jaka, pengerusi lembaga Sosial Muslim AS.

https://www.youtube.com/watch?v=ZsnAvuQdMWo

SUMBER

Related Posts