Selepas berita Phnom Penh bakal membina menara kembar tertinggi didunia, nampaknya sekali lagi Malaysia kalah dengan taman tema terbesar di Asia Tenggara yang siap dibuka di wilayah Quang Ninh utara Vietnam.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA) taman tema baharu ini bakal memberikan pengalaman menakjubkan terletak di kompleks taman hiburan Ha Long Park.
Pemaju hartanah Sun Group berkata pelbagai jenis permainan di taman itu juga pertama di Asia dikendalikan oleh jenama popular Parques Reunidos dari Sepanyol yang mengendalikan hampir 60 buah taman tema di 14 buah negara.
Dibina di tanah seluas 40 hektar, ia dijangka memberikan suasana dan pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung dari pelbagai peringkat umur.
Memandangkan ia akan dibuka sehari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, taman itu bakal menjadi daya tarikan utama jutaan pelawat.
Bersama dengan pembukaan taman tema air terbesar Asia Tenggara dijangka pada Mac, Dragon Park akan menggalakkan lagi pelancongan di Ha Long.