Sebagai syarikat peneraju penerbangan kos rendah, AirAsia sering tampil dengan tawaran-tawaran baharu untuk beri lebih banyak pilihan kepada pengguna. Baru-baru ini, syarikat itu mengumumkan bahawa AirAsia X bakal kembali ke London sempena musim panas akan datang dengan menawarkan penerbangan sehala terus dari KLIA2.
Tambahan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes ada menjelaskan destinasi ke Frankfurt juga akan ditambah namun hanya akan ditawarkan untuk penerbangan sehala dari Bangkok.
Menurut sebuah angensi berita dari German DPA, Fernandes turut menjelaskan penerbangan dari Bangkok ke Frankfurt itu dijangka akan diletakkan pada harga bawah €200 iaitu sekitar RM953 malah mungkin lebih rendah dari itu pada hanya €150 iaitu sekitar RM715 sahaja.
Untuk pengetahuan semua, syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan semua program penerbangan ke Eropah termasuk London dan Paris pada Mac 2012 dahulu sejak ia mula dilancarkan sekitar Mac 2009 berikutan faktor kos operasi yang tinggi.
BACA: AIRASIA X DAPAT KELULUSAN FAA TERBANG KE AMERIKA SYARIKAT
Namun, AirAsia X kini dilihat semakin berkembang dan ligat membuat penerbangan antarabangsa sehingga ke China, India, Jepun dan beberapa daerah sekitar bandar Australia.