Kacak dan maskulin, antara ciri lelaki dambaan setiap wanita. Petik sahaja nama aktor Hollywood yang mempunyai daya penarik mata pasti terbayang penampilan mereka segak dan watak macho mereka dilayar perak.
Walaupun mereka kacak bergaya tapi ketahuilah anda, ada diantaranya mempunyai kehidupan yang disebaliknya. Wanita bukanlah yang mereka minati tapi dengan jantina sejenis mereka inginkan. Pasti anda tidak percaya dengan artikel kali ini. Ya, percayalah! 6 selebriti yang Wanista bakal senaraikan ini rupanya gay!
#1 Matt Bomer
Penulis suka dengan wajah kacak Matt Bomer, semuanya terletak cantik tapi apakan daya dia kini sudah berkahwin dengan Simon Halls pada tahun 2011. Dia secara rasmi mengumumkan menjadi gay pada tahun 2012. Kehidupan Matt dan suami lengkap dengan kehadiran 3 orang cahaya mata.
#2 Zachary Quinto
Lakonan hebat Zachary dalam filem francais Star Trek sebagai Mr. Spock memang tidak dapat ditandingi. Sejak dari situ lah penulis mengikuti perkembangan kerjaya Zachary. Sehinggalah…penulis sendiri mendapat berita dia seorang gay bermula tahun 2011. Zachary kini menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang model Miiles McMillan.
#3 Neil Patrick Harris
Neil Patrick Harris antara selebriti Hollywood yang paling awal menonjolkan diri sebagai seorang gay sekitar tahun 2006. Dia dan pasangan David Burtka telah bersama lebih dari 10 tahun dan memiliki sepasang anak kembar hasil ibu tumpangan.
#4 Ricky Martin
Anda ingat lagi tak lagu hits “Livin’ la Vida Loca”? Tak sangka penyanyinya kini seorang gay yang dahulu menjadi kegilaan wanita dari seluruh pelusuk dunia. Ricky dan teman lelakinya Jwan Yosef, pelukis baru sahaja mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu. Selain itu, dia juga mempunyai anak kembar lelaki dari ibu tumpangan.
#5 Matt Dallas
Pernah tengok tapi dimana ya? Matt Dallas peneraju utama drama sains fiksyen Kyle XY yang pernah ditayangkan di Malaysia dulu. Dia kini sudah berkahwin dengan pasangan seorang ahli muzik, Blue Hamilton dan mengambil anak angkat, Crow berumur dua tahun.
#6 Luke Evans
Penulis tak sabar nak tengok lakonan dia dalam filem Beauty and The Beast akan datang. Aktor kacak berasal dari Wales ini memang terbuka mengaku dia seorang gay pada tahun 2002. Menurut dari media Sepanyol Luke sedang menjalinkan hubungan dengan model lelaki Jon Kortajarena.
Tapi siapalah kita untuk menghakimi mereka kan?