Video ucapan Tahun Baru Cina MAS untuk tahun ini hangat diperkatakan di mana-mana apabila ia tampil unik tanpa melibatkan pelakon atau individu yang berbangsa Cina sebaliknya mengetengahkan konsep berbilang kaum yang menyampaikan ucapan Tahun Baru Cina dalam bahasa Mandarin, Cantonese dan Hokkien.
Video yang berdurasi 1.41 minit itu berjudul “A Truly Malaysian Greeting” disampaikan kepada rakyat untuk menyebarkan mesej bermakna dalam mengalakkan rakyat Malaysia untuk kembali bersatu dan sama-sama merumpun tanpa mengira bangsa atau agama.
Tidak kurang, ramai dari dalam kalangan netizen memuji inisiatif itu di mana, isinya padat penuh dengan makna walaupun ringkas.
“Video ini adalah lambang keindahan dalam keserdehanaan! Ucapan-ucapan yang disampaikan membuatkan orang terharu menerusi bahasa dan loghat yang pelbagai. Selamat Tahun Baru Cina buat mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan ini dan terima kasih Malaysia Airlines!” komen seorang pengguna facebook, Michelle Tam.
Video ini baru dimuat naik semalam menerusi laman Facebook rasmi Malaysia Airlines dan telah menerima ‘like’ sebanyak 21 ribu sehingga kini.