Sejak keluar dari kumpulan F(X), Sulli dikatakan semakin liar malah setiap tindak-tanduknya sering dikritik netizen. Ada yang merasakan bekas idol yang kini aktif sebagai pelakon suka mencari publisiti murahan malah ada yang berganggapan dia seorang ‘troublemaker’? Anda rasa bagaimana?
Baru-baru ini, teman wanita kepada Dynamic Duo Choiza dilihat berkongsi gambar peribadi yang agak seksual di laman sosial Instagram, Sulli berkongsi beberapa keping gambar dia berbaring di atas katil sambil memakai tshirt dan seluar dalam putih dengan kapsyen “Smile!”.
https://www.instagram.com/p/BO-aq2YhDnN/
Untuk gambar ini sahaja, Sulli menerima lebih daripada 18K komen, seperti biasa ada netizen yang menyokong tindakannya dan ada juga yang mengkritik seperti merasakan bekas idol yang baru berusia 22 tahun ini sudah semakin ‘liar’.
Dalam satu siri gambar lagi, Sulli bergambar seksi dengan seekor kucing, memakai tshirt crop top Superman pendek bersama seluar pendek hitam.
https://www.instagram.com/p/BO-aX_qBu7E/
https://www.instagram.com/p/BO-aXDdh7qt/?taken-by=jelly_jilli
Melihatkan koleksi gambar yang dikongsinya, Sulli dikatakan seperti mahu mempromosikan watak “lolita”. Untuk pengetahuan anda, “lolita” adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang gadis muda belum cukup matang yang seksual. Bukan itu sahaja, sesetengah memanggilnya “murah” dan “suka mencari perhatian” serta pelbagai lagi maksud negatif.
https://www.instagram.com/p/BO-afBshXYa/?taken-by=jelly_jilli
Paling terkini, gambar terhangat yang dibicara netizen menunjukkan dia memakai denim dan topi merah jambu dikritik kerana menampakkan sedikit bahagian “puting payu dara”. Okay, yang ini mungkin agak jauh menyimpang tetapi secara jujur, penulis langsung tidak nampak apa dimaksudkan netizen.
https://www.instagram.com/p/BPkly8oBUBm/
Ini antara komen netizen:
“There’s no way it can be located there”, “See what??”, “What are you talking about? The aloe vera in the back?”, “It’s too far back and too up at the top.”
“Seriously, it’s possible in that posture she’s in”, “If you pull your arms back like that then it’ll be in that position”, “Daebak, I totally see it.”
Ramai peminat berkata Sulli berubah selepas meninggalkan f(x) malah perangai sebenarnya mula terserlah. Anda pula merasakan bagaimana? Adakah dia berubah ke arah yang lebih teruk atau netizen seperti biasa menjadi keyboard warrior yang sering mengkritik tanpa mengetahui hal sebenar.
Hurmmm penulis pun tak tahulah.