Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan idaman dan bukan mudah juga untuk mencapai jangkaan tepat seperti yang diharapkan oleh si panel atau majikan yang menjalankan sesi temu duga berkenaan.
Untuk pengetahuan semua, sehingga April 2016, kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat sehingga 3.6 peratus. Manakala menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today, pengagguran dijangka akan lebih agresif tahun ini berikutan keadaan ekonomi serta trend pengambilan pekerja yang semakin berubah.
Menurut kaji selidik yang dikeluarkan JobStreet.com pula, hasil menunjukkan graduan baru kebanyakannya mahu dibayar sebanyak RM6,500 bagi pekerjaan pertama mereka. Faktor tidak realistik inilah yang mungkin telah menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran setiap tahun.
“Bila kita tanya mahu kerja dengan siapa, ramai jawab mahu kerja dengan Petronas. Sudahlah lemah dari segi komunikasi, keputusan tidak baik, tidak berkemahiran tapi mahu kerja bagus”
Sehingga November tahun lepas, seramai 200,000 graduan baru gagal mendapatkan pekerjaan.
Kita semua sebagai masyarakat perlu sedar dan tahu, peluang pekerjaan itu sentiasa ada cuma permasalahannya kini adalah mengapa graduan baru tidak berjaya mendapatkan pekerjaan adalah kerana kemahiran mereka yang tidak menepati kemahuan majikan termasuklah dari segi ‘kurang kemahiran dalam bidang digital’ serta ‘tidak berupaya berkomunikasi secara profesional’ yang sebenarnya amat dibutuhkan dalam kehidupan masa kini.
Selain dua kemahiran utama tersebut, apa lagi aspek yang perlu dikenal pasti sebelum anda pergi menjalani temu duga? Ini tips yang Wanista sediakan untuk bantu anda mempersiap diri sebelum berjaya mendapatkan sesuatu pekerjaan.
#1 Ketahui Soalan-Soalan lazim Yang Bakal Diajukan
Jangan pergi temu duga sambil bawa diri je tau, penting untuk anda berlatih dahulu sebelum hadir berhadapan dengan sebarang soalan yang mungkin sukar dijawab.
Percayalah, apa yang bakal berlaku di dalam antara anda dan panel penemu duga akan jadi lebih lancar sekiranya setiap soalan yang diajukan bisa anda jawab secara teratur menggunakan ayat yang boleh dikira sempurna.
Oleh itu, cuba kaji dan senaraikan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya berpandukan rujukan dari internet atau perkongsian dari orang yang berpengalaman. Seterusnya, fikirkan jawapan padat dan tepat untuk soalan itu.
Untung, jika soalan yang diulang kaji itu ditanya, anda pasti boleh menjawab tanpa ragu. Good luck!
#2 Kaji & Ambil Tahu Tentang Bakal Majikan
Yang ni ramai orang terlepas pandang. Untuk menampakkan anda benar-benar komited dan bersemangat mahu mendapatkan jawatan yang dipinta, ambil tahu dan belajar sedikit sebanyak tentang syarikat kepunyaan majikan. Pastikan semua maklumat dan info-info penting berkenaan syarikat telah siap disimpan rapi dalam ‘poket’ okay? Anda pasti berjaya!
Contoh: Bilakah syarikat itu dibuka? Apa perkhidmatan yang ditawarkan? Siapa orang-orang penting dalam syarikat? Sejarah dan pencapaian yang pernah dilakar oleh syarikat dll.
#3 Fesyen Apa Nak Gayakan?
Rapikan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki. Potong kuku! Pastikan rambut dipotong kemas. Bagi perempuan yang berambut panjang pula, sanggulkan rambut atau ikat kemas ke belakang. Bertudung? Tak perlu bersusah payah melilit tudung seperti hendak ke kenduri kahwin, cukup sekadar ia disemat kemas dan pin ke sisi bahu.
Pakai wangi-wangian supaya bau badan tidak tersebar ke seluruh penjuru bilik temu duga. Ingat! First impression tu mustahak untuk menarik minat panel.
Pakailah pakaian yang formal seperti office attire yang siap digosok terlebih dahulu, jika yang wanita ingin memakai skirt, pakailah skirt yang berada pada paras di bawah lutut.
Kasut? Untuk yang perempuan lebih kemas anda memakai pump heels. Kasut bertumit kelihatan lebih anggun jika dipadankan dengan pakaian formal manakala lelaki seperti biasa, pakai kasut kulit. Ha, barulah panel terpikat dengan personaliti anda 🙂
STRICTLY: No jeans and slippers are allowed serta aplikasikan solekan yang natural sahaja. Elak pembayang mata serta warna gincu menonjol. *melainkan jika jawatan yang dimohon adalah sebagai pramugari atau jawatan dalam industri fesyen.
#4 Fokus okay… FOKUS!
Jangan hadir ke tempat temu duga dalam keadaan kelam-kabut. Anggaplah menghadiri temu duga seperti perjalanan anda untuk menghadiri peperiksaan di Universiti. Persiapkan diri dan hadir 1 jam hingga 30 minit lebih awal supaya fizikal dan mental relaks tanpa rasa cemas.
Bila panik, otak tidak dapat berfungsi dengan normal, peluh pun mula menitis menjadikan anda kelihatan comot dan tidak selesa. Nope! None of us want it kan…
Paling penting sediakan barang-barang keperluan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai sebelum tidur (malam sebelum hari temu duga). Bawa pen, sijil-sijil, CV, buku nota, dompet, alat solek, tisu, pin, lampin wanita dll.
#5 Aktifkan Diri Untuk Bertanya Soalan
Selain mendengar dengan penuh minat segala perkara yang diluahkan oleh si panel, anda harus memastikan mata tidak meliar ke sana ke mari. Pandang terus ke mata orang yang berinteraksi dengan anda. Fokus!
Setelah selesai proses temu duga, rajinkan diri untuk bertanya soalan bernas dan masuk akal. Tunjukan anda berminat untuk tahu lebih banyak tentang syarikat tersebut. Tapi…. janganlah terlalu ramah macam makcik-makcik -habis semua benda anda nak tanya. Itu ‘kepochi’ namanya 😛
#6 Tulis Nota
Ingat masa belajar je perlu tulis nota? Kalau nak ambil hati majikan kena pandai bertindak bijak betul tak? Jadi, sila buka buku nota dan mula salin maklumat penting. Tapi, jangan pula terlalu sibuk tunduk dan menulis. Nanti anda dituduh tidak hormat panel pula. HANYA YANG PENTING SAHAJA. *bawa buku nota yang kecil je.
#7 Senyum… Itu Pembawa Rezeki!
Penulis sendiri pun naik bengang kalau berdepan dengan orang yang suka ‘buat muka’. Kot iyalah anda tu sakit ke, pendam masalah ke, janganlah sampai ia terpancar di wajah menerusi air muka. Tolong senyum!
#8 Tamat Dengan Positif
Dengan ringkas, cukup sekadar anda mengucapkan terima kasih dan kata…
“I look forward to hearing from you.”
Tak perlu anda mengambil masa yang lebih lama untuk bertanya bilakah maklum balas keputusan temu duga akan diberi kepada anda atau memaksa panel untuk menjawab segera bertanyaan anda berkenaan gaji dan sebagainya.
BONUS
JANGAN TERLALU MEMILIH KERJA.
“Untuk 2-3 tahun pertama selepas tamat pengajian, terima sahaja apa sekali peluang pekerjaan. Cari pengalaman dan jangan terlalu fikir tentang gaji. Biar syarikat tidak popular sekalipun yang penting anda tidak menganggur.”
Sebab zaman ini, majikan lebih tertarik dengan pengalaman yang seseorang ada berbanding keputusan hebat graduan baru.
- Bertindak mengikut arahan! Sebaik berada di hadapan pintu bilik, ketuk dahulu dan masuk hanya jika diberi izin, duduk apabila dipersilakan.
- Ucapkan ucapan selamat pada panel (berjabat bagi yang sama jantina) supaya anda kelihatan mesra dan mudah bergaul.
- Pastikan telefon pintar anda berada dalam mod senyap.
- Duduk pada posisi yang selesa secara tenang.
- Jawab pertanyaan dengan lancar namun jangan terlalu riak.
- Mata harus fokus pada panel kala dirinya sedang berhujah.
- Jangan lupa untuk beri senyuman paling manis.
- Ucapkan terima kasih dan berjabat tangan setelah selesai sesi temu duga.