Percutian dalam negara mungkin tidak menjadikan anda begitu teruja seperti saat mahu mengembara keluar negara. Namun begitu, melihatkan inisiatif yang diperkenalkan Hotel Jen cawangan Puteri Harbour Johor ini, anda pasti berasa girang kerana pusat peranginan bertaraf antarabangsa itu kini tampil menawarkan 12 unit bilik istimewa yang bertemakan Hello Kitty!
Untuk peminat tegar watak animasi comel berkenaan, dari hiasan dalaman bilik, dekorasi dinding kamar, susun atur perabot, jenis perkakas yang digunakan, pemilihan warna dinding serta elemen-elemen dalam bilik air, semuanya berkonsepkan Hello Kitty!
Untuk pengetahuan semua, Hotel Jen Puteri Harbour ini adalah sebahagian dari Shangri-La Group.
Secara keseluruhan, 12 buah bilik bertemakan Hello Kitty itu dikategorikan kepada 3 konsep iaitu Sailor Hello Kitty, Pink Series dan Hello Kitty in OZ. Setiap satu dilengkapi dengan dekorasi yang berlainan mencerminkan keunikan serta ciri-ciri versae ala boutique hotel.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hoteljen.com/johor.
***Ulasan berkenaan hotel akan penulis karangkan pada pos yang akan datang.