Apakah yang bakal terjadi dengan kehidupan kumpulan K-pop terkenal dunia 2PM bila ‘dicampak’ keluar dari gaya hidup glamor sebagai selebriti?
Ahli 2PM terdiri dari bintang Jun.K, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho dan Chansung menyambut ulang tahun ke-10 mereka di Australia didalam siri terbaru E! Asia, 2PM Wild Beat.
Buat pertama kalinya mereka menghadapi yang tidak dijangka, dari percutian mewah bertukar kepada cabaran pengembaraan dimana mereka terpaksa bercuti secara bajet! Jika dahulu menginap di hotel 5 bintang, tapi kali ini mereka terpaksa berkongsi katil, menambah duit perbelanjaan dan menjelajah pelbagai tempat menarik di Australia.
10 episod dengan durasi 45minit memaparkan kisah realiti mereka menghadapi cabaran yang ditugaskan.
Penonton dapat melihat sendiri bagaimana reaksi personaliti dan identiti setiap ahli 2PM di E! Asia bermula:-
2PM Wild Beat – 2 Februari / Khamis jam 10malam
Adakah mereka berjaya pada setiap cabaran atau mengalah? Segalanya terjawab di 2PM Wild Beast!