Bersempena sambutan Tahun Ayam yang penuh bermakna untuk 2017, salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, The Gardens Mall dengan bangganya menganjurkan kempen sambutan Tahun Baru Cina yang bukan sahaja menyeronokkan malah lebih mengujakan dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Sambil dihiasi dekorasi yang serba-serbi ‘ong’, The Gardens Mall juga tidak keberatan untuk mengadakan pelbagai program menarik yang dijangka akan dilanjutkan sehingga 6 Februari akan datang! Ini adalah termasuk persembahan tarian singa akrobatik, persembahan muzikal, persembahan akrobatik Cina serta tarian kontemporari tradisi Cina.
Semua ini dapat dilihat secara langsung setiap hari bermula hari ini!
Berikut adalah jadual persembahan:-
Tarian Singa Akribatik
12:00pm 6 Feb
3:00pm 21, 22, 28, 29, 30 Jan, 1, 4 and 5 Feb
The Instruments Ensemble
1:00pm 27, 28 and 29 Jan
3:00pm 14 and 15 Jan
5:00pm 22 Jan, 4 and 5 Feb
Chinese Acrobatic Performance
3:00pm 27 Jan
5:00pm 13, 14, 15, 20, 21, 30 Jan and 1 Feb
Contemporary Chinese Dance Performance
1:00pm 13, 14, 15, 20, 21, 22, 30 Jan, 1, 3, 4 and 5 Feb
5.00pm 3 Feb
6:30pm 14, 15, 21 and 22 Jan
Sambil membeli-belah, boleh berhibur dengan keluarga menyaksikan seleksi persembahan menarik. Tidak ketinggalan, pengujung yang berbelanja pada jumlah tertentu berpeluang menebus hadiah menarik seperti balang seramik serta paket angpau yang cantik.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.thegardensmall.com atau lawat laman Facebook The Gardens Mall di www.facebook.com/TheGardensMall