Seperti yang kita semua tahu, Starbucks adalah jenama rangkaian kedai kopi yang terkenal dan memiliki ramai peminat di seluruh dunia namun penyokong Presiden Donald Trump menggesa semua orang untuk memulaukan Starbucks selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu mengumumkan merancang untuk menggajikan 10,000 pendatang dalam masa lima tahun lagi.
Pengumum itu telah dibuat sebagai bantahan terhadap perintah Trump untuk menghalang kemasukan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam ke Amerika Syarikat.
“Biar saya mulakan dengan berita yang ada di depan kita: kita semua menyaksikan kekeliruan, kejutan dan bantahan kepada Arahan Eksekutif yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada Jumaat, melarang rakyat beberapa negara Islam daripada memasuki Amerika, termasuk pelarian yang melarikan diri daripada perang.
“Saya memberi jaminan bahawa pasukan Sumber Rakan berhubung dengan rakan lain yang terjejas dengan larangan ini, dan kami melakukan sedaya upaya dan menyokong dan membantu mereka mengharungi tempoh mengelirukan ini,” kata CEO Starbucks, Howard Schultz, dalam surat kepada pekerjanya Ahad lalu.
Schultz ialah penyokong kuat calon Demokrat, Hillary Clinton, ketika musim pilihan raya, dan dikatakan bakal menjadi Setiausaha Buruh jika Clinton memenangi pilihan raya itu. -AGENSI