Pasti ada diantara yang pernah menunaikan umrah atau haji anda tertanya-tanya apa yang menyejukkan lantai Masjidilhatam dan sekitar Kaabah di Makkah.
Pelbagai teori dan pendapat dikeluarkan orang ramai yang masing-masing bercerita tentang di sebalik kesejukan lantai berkenaan, walaupun ketika cuaca panas melanda bandar suci itu.
Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang tertarik dengan perdebatan mengenainya, baru-baru ini mendedahkan punca sebenar lantai di masjid berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, majlis berkenaan berkata: “Alasan sebenar ialah marmar yang kami gunakan. Kami mengimport marmar Thassos dari Greece yang mampu melantunkan sinar matahari dan mengurangkan haba panas.”
Ia juga menyangkal dakwaan kononnya lantai di Masjidilharam sejuk kerana terdapat paip air sejuk dipasang di bawah lantai marmar.
Pemasangan marmar seperti ini ialah untuk keselesaaan jemaah untuk beribadat di masjidilharam.