Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen, model, usahawan, tokoh media sosial dan fashionista Chiara Ferragni?
https://www.instagram.com/p/BP0NKeHAtlW/?taken-by=chiaraferragni
Tahun sudah idola ramai si Michelle Phan yang memegang tanggungjawab sebagai juri akhir bagi Beauty Bound Asia musim pertama.
Lebih meriah, istimewa untuk musim ke-2, jelitawan Perancis Chiara Ferragni pula akan menjadi juri akhir bagi pertandingan hebat ini!
Pertandingan yang dianjurkan oleh produk kecantikan SK-II dengan kerjasama Youtube iaitu Beauty Bound Asia musim ini akan meneruskan pencarian gadis terhebat yang bisa digelar sebagai “Asia’s Next Beauty Creator”!
Sejak Julai tahun lalu, lebih 400 anak muda dari 8 buah negara utama sekitar Asia yang berbakat telah merebut peluang untuk menghadiri uji bakat bagi mendapat gelaran sebagai “Asia’s Next Beauty Creator”.
Kini 8 orang gadis cantik kelahiran Malaysia sama-sama bakal mengharungi detik-detik akhir menonjolkan keistimewaan diri masing-masing menerusi kreativiti, bakat serta sifat personaliti unik diri.
Saksikan perjalanan mereka dalam merebut gelaran “Asia’s Next Beauty Creator” menerusi siri episod web yang boleh ditonton menerusi Youtube rasmi SK-II.
Tonton Episod 1 Beauty Bound Malaysia Musim Ke-2
Pelbagai cabaran yang harus ditempuh 8 peserta terakhir, bukan sahaja fokus terhadap bidang kecantikan, malah kecekalan hati, ketangkasan mental juga turut dipertaruhkan demi mencapai impian keemasan yang mungkin hanya mampu digapai sekali seumur hidup.
Tonton Episod 2 Beauty Bound Malaysia Musim Ke-2
Hanya seorang akan terpilih untuk mewakili Malaysia ke peringat Asia seterusnya bertanding dengan wakil peserta dari negara Asia lain seperti Indonesia, Singapura, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan Korea!
Kesemua 9 orang peserta peringkat akhir akan mendapat tajaan sepenuhnya termasuk tiket pergi-balik ke malam finale di Okinawa, Jepun bernilai lebih USD $5,000 serta produk SK-II bernilai USD $1,000.
Juara pula akan membawa pulang hadiah utama bernilai USD $60,000 termasuklah tajaan lawatan untuk ke acara global SK-II, tajaan satu tahun barangan SK-II, keperluan produksi video profesional, pengalaman berkolaborasi dengan pakar serta ikon kecantikan antarabangsa, menyertai program pertukaran ke Amerika Syarikat yang dibimbing oleh pakar-pakar dari industri kecantikan dan yang paling seronok, pemenang akan dapat bertemu juara dari Beauty Bound Asia musim lalu, Janemakeup serta beberapa peserta lain secara eksklusif untuk berkongsi dan bertukar pengalaman manis saat berada dalam pertandingan ini.
Untuk keterangan lanjut, sila layari beautybound.tv/malaysia/home