moonshot, adalah satu jenama kecantikan yang dibangunkan oleh YG Entertainment, syarikat produksi muzik yang bertanggungjawab melahirkan penyanyi hebat seperti BigBang, 2NE1, Psy, Winner, Ikon, Lee Hi dan ramai lagi.
Selain daripada penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan alatan solekan asas, moonshot juga menawarkan produk kosmetik seperti Lip Feat., Jelly Pot, Cream Pain serta banyak lagi, sesuai digunakan pada muka, bibir dan mata. Menarik bukan?
Sebagai panduan, berikut Wanista cadangkan beberapa produk moonshot yang wajib anda miliki.
#1 Lip Feat.
Apa yang menarik tentang koleksi Lip Feat. ini adalah moonshot memilih kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose sebagai muse. Lip Feat. menawarkan 15 warna eksklusif sekaligus memberi peluang kepada beauty junkies memilih warna yang sempurna untuk mereka. Gincu bibir ini mampu memberi kelembapan dan penghidratan secukupnya pada anda.
#2 Jelly Pot
Jelly Pot merupakan produk pelbagai penggunaan, ianya boleh digunakan untuk sebagai celak, pembayang mata, gincu bibir, warna kuku, shimmer ataupun blusher.
#3 GD Eau De Toilette
Wangian ikonik pertama oleh G-Dragon untuk lelaki dan wanita ini menampilkan haruman sitrus marin dan kayu. Haruman unisex ini boleh digunakan bersama-sama dengan wangian lain untuk memberi haruman yang menyerlah serta mencipta haruman milik anda sendiri.
#4 Big Bang 10 Hand Cream
Big Bang 10 Hand Cream direka dan dicipta oleh ahli Big Bang sendiri. Produk ini mempunyai haruman yang sama seperti GD Eau De Toilette – sitrus marin dan kayu, ianya memberi kelembapan secara mendalam dan tidak merasa melekit apabila digunakan.
#6 Moonshot Cream Paint
Produk ini merupakan kegemaran pelakon Lee Sung Kyung kerana ianya mempunyai pelbagai kegunaan, boleh digunakan sebagai lip tint, pemerah pipi dan juga gincu bibir.
#7 Moonshot Cushion
Kompak istimewa pelbagai fungsi ini dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai primer, highlighter mahupun bedak asas. Jika anda nak kulit berkilat bak selebriti Kpop, anda bolehlah cuba Dara Cushion ini!
#8 Big Bang 10 Lip Balm
Big Bang 10 Lip Balm telah direka dan dicipta atas permintaan Big Bang sendiri untuk digunakan ketika berada di pentas dan luar. Lip Balm ini ini mengandungi vitamin E dan ceramide, ianya tidak berkilat, mampu melembapkan bibir dan sesuai dipakai untuk lelaki dan wanita.
moonshot boleh didapati secara eksklusif di semua butik Sephora Singapura dan Malaysia.