Berikutan kenaikan harga minyak Petrol sebanyak 20 sen semalam, ramai individu menjadi berang dan tidak berpuas hati.
Susulan daripada fenomena yang mengundang kemarahan orang ramai itu, laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dipenuhi dengan komen amarah dengan tulisan #20sen serta RM0.20.
Ramai bertindak meluahkan rasa geram dan tidak puas hati dengan kenaikan itu lalu meninggalkan komen #20sen dan RM0.20 pada setiap kemas kini status di laman berkenaan.
Sejak malam kelmarin, stesen petrol di kebanyakan tempat penuh dikerumuni orang ramai untuk mengisi minyak sebelum hari ini kerana harga petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen bagi bulan Februari.
Ini adalah peningkatan sebanyak 20 sen berbanding harga pada Januari. Harga RON97 pula akan dijual pada harga RM2.60 sen seliter iaitu kenaikan 20 sen dari Januari lalu.
Selain itu, harga diesel pula akan dijual pada harga RM2.15 seliter iaitu kenaikan 10 sen manakala diesel Euro 5 pula dijual pada harga RM2.25, kenaikan sebanyak 10 sen.