Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti mengambil inisiatif drastik untuk kurang mengenakan solekan yang tebal pada wajah. Tidak kurang, ada juga yang buat keputusan untuk berhenti memakai mekap kerana lebih selesa menonjolkan wajah natural sebenar seperti yang dilakukan oleh Alicia Keys.
Terkini, aktres dan model seksi yang popular era 90an Pamela Anderson pula cuba mencuri perhatian khalayak saat menghadiri sebuah acara gala di Paris penghujung Januari lepas.
Pamela Buat Kejutan Tampil Dengan Wajah Lebih Segar!
Dia yang kini genap berusia 49 tahun kelihatan sangat menawan dengan solekan minimal, jauh berbeza dengan gaya yang sering dipamerkannya sebelum ini.
Sebelum ini, Pamela tidak pernah lekang dari solekan berat terutamanya pada bahagian mata.
BERBEZA… Wajah Pamela kelihatan garang dan sedikit sinis apabila mengenakan solekan tebal yang ditemani gaya rambut lepas bergelombang.
Then & Now…
Sumpah! Hampir tidak kenal bahawa wanita cantik ini rupa-rupanya Pamela Anderson…
Apa-apa pun, you look prettier without heavy makeup on. Go Pam!