Sudah banyak melakar nama di luar Malaysia, selebriti manis dan jelita pujaan rakyat Malaysia yang seorang ini akhirnya mendapat perhatian daripada sebuah syarikat hiburan tersohor.
Ternyata, Fazura bukan sahaja boleh diukur pada kecantikan fizikalnya bahkan personaliti dirinya turut ikut menyerlah membuatkan orang yang berada di sekelilingnya begitu selesa dan senang.
Seiring dengan perkembangannya yang utuh dalam bidang lakonan, dia kemudiannya berani menceburkan diri dalam bidang nyanyian pula.
Tonton Video Muzik Hancur Aku oleh Estranged feat. Fazura
Untuk pengetahuan semua, Fazura pernah mempunyai single Sayangi Dirimu sebelum muncul bersama kumpulan band popular Estranged menerusi kolaborasi dalam hit Hancur Aku sekitar 2015.
Baru-baru ini, syarikat rakaman gergasi Universal Music Malaysia akhirnya membuka langkah untuk menyunting Fazura menjadi salah seorang artis di bawah naungannya namun kontrak yang ditandatangani itu bukan sahaja bagi menguruskan karier Fazura sebagai seorang penyanyi semata-mata bahkan secara keseluruhan meliputi karier seninya di dalam dan luar negara termasuklah kontrak sebagai duta, pelakon yang dinamakan ‘360 Talent Management’.
Tonton Video Majlis Tanda Tangan Perjanjian 360 Talent Manangement Antara Universal Music Malaysia Bersama Fazura
https://www.instagram.com/p/BQAYwP8hLw0/?taken-by=wanistadotcom
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong menjelaskan Fazura adalah seorang individu yang sangat tekun dan bagi mereka yang pernah bekerja dengan Fazura sendiri di belakang tabir, semua akan tahu bahawa wanita ini adalah seorang yang sangat merendah diri.
“Universal Malaysia tidak teragak-agak untuk mengikat kontrak dengan Fazura dan mengambil tanggungjawab besar serta memainkan peranan untuk mencorakkan kerjaya seninya dariapda setiap segi,” tambahnya.
Tonton Soal Jawab jason Dy Bersama Fazura
Dalam masa yang sama, Universal Music Malaysia dan Fazura turut mengumumkan perkembangan single terbarunya berjudul “Nothing Like Pag-ibig (love)”, didendangkan bersama seorang penyanyi tampan Jason Dy dari Filipina yang kian mendapat perhatian bukan sahaja kerana kemenangan yang dicapai saat menjadi juara dalam pertandingan The Voice of the Philippines musim ke-2 bahkan memiliki bakat besar yang mampu diangkat ke peringat international.
Single tersebut berjaya dirakam dalam tempoh 4 jam, termasuklah pembikinan muzik video yang berkonsepkan minimalis namun mampu menyalurkan impak besar terhadap penonton.
Lagu tersebut dicipta bersempena hari Kekasih yang bakal kunjung tiba 14 Februari ini.