Penulis percaya hampir seluruh penduduk dunia sekurang-kurangnya wajib mempunyai satu akaun Instagram. Ianya laman dimana kita semua boleh berkongsi gambar dan video pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, Instagram juga boleh berkongsi momen singkat selama 24 jam dan video langsung ‘live’ tontonan pada pengikut. Secara tidak langsung bumi kini seolah-olah tiada lagi sempadan.
Sama seperti anda juga, sudah pasti ada sahaja akaun Instagram menjadi kegemaran untuk dilihat setiap hari. Bagi pencinta solekan tentunya akaun makeup artist sentiasa menjengah paparan home anda begitu juga dengan pencinta haiwan seperti kucing, laman Instagram gaya kucing seperti selebriti. Melalui Instagram juga kita boleh mendapatkan pelbagai servis dari dunia kecantikan sehinggalah hidangan makanan.
Jika sebelum ini, Wanista pernah kongsikan 3 artikel menarik mengenai akaun-akaun Instagram antaranya ’10 Akaun Instagram Berpengaruh Yang Harus Anda Follow!’, ‘Hot Dudes Reading – Instagram Paling Seksi Mesti Anda Follow!’, dan ‘Skellie, Selebriti Instagram Unik Lain Daripada Yang Lain’. Penulis ingin tambah lagi dengan 5 akaun Instagram yang memaparkan gambar yang kreatif dan tidak pernah ditonjolkan dari mana-mana sumber.
Ini 5 akaun Instagram yang pasti membuka kotak fikiran anda untuk mencetus idea yang lebih kreatif dan bernas!
#1 Lavie City (@lavie_city)
Berkonsepkan sebuah bandar ‘Lavie City’ dimana penduduk kecilnya tinggal disebuah bandar yang diperbuat daripada barang, makanan dan aksesori manusia biasa. Walaupun ia hanya dari figura kecil tapi jalan cerita yang disampaikan oleh pereka dapat ditangkap maksudnya dari setiap hasil gambar. Kehidupan di Lavie City nampaknya lebih indah dari bandar biasa!
https://www.instagram.com/p/BJZuenIj_t_/?taken-by=lavie_city
#2 Serious Design (@seriousdesign)
Memang ‘serius sangat’ rekaannya! Pemilik akaun Instagram ini mengilhamkan pelbagai guna makanan pada produk dan barangan harian kita semua. Bayangkan beg tangan yang sentiasa anda bawa ke pejabat dari daging cincang. Tak tahu lah boleh simpan atau tidak barang kalau ini ‘fabrik’ yang digunanya. Anda rasa betul ke akaun ini mereka rekaan yang serius atau kelakar? Hahaha…
#3 My Day With Leo (@mydaywithleo)
Memang syok kalau kita sedang stalk Instagram selebriti, iyalah ada sahaja aktiviti seronok yang mereka lakukan. Tapi bagi anda yang dah bosan asyik melihat selfie selebriti yang sama, apa kata anda follow akaun yang ligat mencari idea dengan menggunakan gambar kepala selebriti atau orang ternama dicantum pada tubuh badan orang biasa yang melakukan aktiviti harian. Cuba tengok gambar dibawah, bila masa pula ya Kim K dan Taylor Swift sebegini mesra diluar acara berprestij.
#4 Burnt Toast Creative (@burnttoastcreative)
Comel, kejam, seram dan pelik. Instagram Burnt Toast Creative memaparkan gambar karikatur unik yang diolah dari bentuk badan manusia dan haiwan. Penggunaan warna pastel lembut mengimbangkan rekaan mereka yang kadangkala agak seram. Pelik kan bila lihat badan rusa dipotong-potong tapi kelihatan masih hidup. Ada juga bahagian anggota badan dijadikan dalam bentuk makanan. Aiyoo ~
#5 Cocaine 13 (@cocaine13_)
Pertama kali penulis mengikut akaun ini agak menyeramkan sebenarnya, banyak lukisan dan gambar yang mempunyai maksud tersendiri. Tidak pasti gambar-gambar yang dimuat naik akaun ini hasil idea atau milik pemegang akaun ini. Walau pemilik akaun ini kekal misteri, gambar yang dikongsikan sebenarnya banyak memberi pengajaran dan ‘memperli’ sikap manusia di zaman sekarang.
https://www.instagram.com/p/BPwz0c3jNw7/?taken-by=cocaine13_
Semua best kan? Kalau dah tak tahu nak follow apa lagi di Instagram tu..klik sahaja 5 akaun di atas!