Perogol bersiri warga Malaysia yang dipercayai pernah memperkosa hampir 1,000 wanita di negara Amerika selamat tiba ke tanah air pagi tadi sambil diiring tiga orang pengawal Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada sebaik menjejakkan kaki buat kali pertamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah 24 tahun menjalani hukuman penjara di Toronto.
Dia yang menamatkan hukuman penjara pada 29 Januari lalu tiba di tanah air sekitar 7.30 pagi tadi sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang KLIA bagi mengelak diri berhadapan dengan media yang berkumpul menunggu ketibaannya sejak awal pagi, lapor New Straits Times.
Pada tahun 1992, dia disabitkan dengan 19 kes serangan seksual sekaligus Selva Kumar Subbiah, 56, didapati bersalah dalam dua perbicaraan berasingan lebih 20 tahun lalu kerana menggunakan ubat tidur untuk menyerang 30 wanita. Walau bagaimanapun, bilangan sebenar mangsa dipercayai mungkin mencecah ratusan orang.
Taktik Selva untuk memperdaya mangsa adalah dengan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem serta penyanyi profesional.
Kes jenayah merogol yang dilakukan olehnya adalah kes serangan seksual bersiri yang paling buruk dalam sejarah Kanada.
Pada 30 Januari lepas, Selva Kumar diarah untuk pulang ke Malaysia oleh Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada.
Terkini, seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kerajaan Sabah mengharamkan kemasukan Selva ke negerinya kerana individu berkenaan dianggap berbahaya dan mungkin mengancam keselamatan umum terutama sekali bagi wanita dan kanak-kanak.