Tahniah si cantik Fazura!
Neffos mengumumkan pelantikan personaliti terkenal Malaysia, Fazura sebagai duta telefon pintar Neffos X Series.
Sebagai jenama yang berperanan merapatkan hubungan di antara manusia dan teknologi, Neffos percaya bahawa dengan adanya figura terkenal untuk dikaitkan dengan jenamanya, ia mampu membuatkan X Series lebih dikenali. Ini kerana pengguna boleh merasai sendiri inovasi bersama wajah yang mereka kenal dan gemari.
Menjadi antara wajah yang paling dikenali di Malaysia, Fazura pastinya mempunyai gaya beliau tersendiri. Sebagai seorang fesyenista, Fazura sentiasa memastikan beliau kelihatan cantik dalam apa jua acara. Hanya menggunakan produk yang terbaik, Neffos X1 bukan sekadar rakan yang pantas, malah ia juga sepadan dengan imej Fazura menerusi rekaannya yang kemas dan elegan.
Dengan penampilan fesyen dan gaya premium Neffos X1, Fazura pasti akan sentiasa kelihatan bergaya. Dilengkapi ciri phase-detection autofocus (PDAF) yang sangat pantas dan sistem penyahkunci dalam masa hanya 0.2 saat, Neffos X Series membolehkan bintang J Revolusi itu merakam gambar dengan hanya satu senyuman.
“Saya berbangga kerana diberi peluang untuk menjadi duta kepada salah satu jenama yang paling inovatif, bercita-cita tinggi dan pantas berkembang di negara ini. Sebagai duta kepada Neffos, saya tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi yang menarik dan mencetuskan inspirasi daripada jenama ini kepada rakyat Malaysia. Neffos X Series sememangnya mampu memenuhi semua keperluan harian saya. Ia mempunyai sistem penyahkunci yang sangat pantas, kualiti kamera mengagumkan bersama sudut luas yang saya gemari, tambahan pula rekaannya juga sangat bergaya,” kata Fazura.
Pelantikan duta jenama mengukuhkan lagi perancangan Neffos untuk menjadikan Neffos X Series sebagai telefon pintar pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia.
Neffos X1 dan X1 Max hadir dalam dua warna iaitu kelabu (Cloudy Grey) dan emas (Sunrise Gold). Neffos X1 ditawarkan pada harga RM769 untuk 2GB RAM dengan 16GB ROM serta RM849 bagi 3GB RAM dengan 32GB ROM.
Neffos X1 kini boleh didapati di semua pengedar dan penjual sah Neffos di seluruh negara. Sementara X1 Max akan berada di pasaran pada Mac 2017.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.neffos.my atau layari laman Facebook mereka di Neffos Malaysia.