Masyarakat Malaysia umumnya jarang mengambil berat tentang penjagaan rambut. Pssttt… lebih-lebih lagi wanita yang bertudung.
Setiap kali pergi kerja dan keluar rumah pada hujung minggu, pasti si hijabista gigih melilit tudung tanpa menghiraukan apa yang terjadi pada rambut mereka asalkan luarannya nampak berkelas seperti artis!
Ya, meskipun rambut bisa ‘disorok’ daripada pandangan mata khalayak, apa yang anda tidak tahu adalah kesihatannya mungkin terjejas disebabkan pengaliran udara yang tidak lancar saat kepala secara keseluruhannya ditutup melebihi tempoh 11 hingga 13 jam sehari. OMG!
Cuba bayangkan jika anda adalah rambut, pasti sesak nafas jika ditekup selama berjam-jam tanpa udara bukan?
Untuk pengetahuan semua, pertumbuhan rambut adalah merangkumi sumber protein yang digelar keratin manakala folikal pula adalah akar yang membantu mencengkam jauh dari dalam kulit kepala.
Istimewa buat kaum hawa alaf baru, jenama produk penjagaan rambut profesional dari London Percy & Reed berjaya hasilkan produk inovasi bermutu sekaligus dilengkapi pelbagai nutrisi baik yang dibutuhkan oleh rambut.
Penulis sendiri berpeluang alami keberkesanannya!
Rambut Kering Tidak Bermaya?
Ramai yang salah faham mengenai konsep syampu.
Tahukah anda bahawa syampu yang menghasilkan buih banyak sebenarnya mempunyai banyak bahan kimia?
Oleh itu, mulai daripada saat ini cuba elak guna syampu yang berbuih. Memang seronok membersihkan kepala dengan buih namun, ianya bakal merosakan rambut di mana:-
- Syampu berbiuh jadikan rambut kotor dan berminyak
- Syampu berbiuh menarik keluar minyak lembapan semula jadi dari rambut
- Syampu berbiuh jadikan kulit kepala ‘panik’ seterusnya mengeluarkan minyak yang lebih banyak
- Syampu berbiuh rosakan kesuburan rambut
- Apabila diulang setiap hari perbuatan membasuh rambut dengan syampu berbiuh itu, kekuatan rambut akan semakin lemah seterusnya gugur
Sekarang anda tahu kenapa masalah rambut anda tidak pernah selesai kan? Ini kerana ada silap dalam membuat pilihan syampu.
Seperti rangkaian penjagaan rambut dari Percy & Reed, ia tidak berbuih malah menjadikan rambut ringan, bersih dan tidak berminyak. Gatal-gatal pada kulit kepala pun semakin berkurang!
Splendidly Silky Moisturizing Shampoo dan Splendidly Silky Moisturizing Conditioner ini adalah gabungan paling tepat, menyalurkan keperluan lembapan optimum pada rambut seperti mendapatkan rawatan daripada salon profesional. Bau yang dihasilkan oleh kedua-dua produk ini juga amatlah menyenangkan serta tidak terlalu wangi.
Siri rangkaian ini adalah dicipta khas buat wanita yang mempunyai masalah rambut kering dan bercabang.
Syampunya mengandungi khasiat seperti Vitamin E untuk menghidrat rambut dari hujung ke hujung malah mampu kembalikan kelembapan pada kadar terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan mahkota wanita moden yang acap kali sibuk sehingga kehilangan masa untuk menjaga rambut secara rapi.
Selain itu perapi rambutnya (conditioner) pula merangkumi ramuan yang subur untuk pertumbuhan rambut seperti Shea Butter, Vitamin E dan Minyak Bijian Meadowfoam. Tidak ketinggalan, protein gandum pula bertindak sebagai pelindung serta menjadikan rambut lebih berkilau!
Tonton Video Pengenalan Percy & Reed London
https://www.youtube.com/watch?v=Y1PMha7w6EY
Anda boleh mula dapatkan produk penjagaan rambut profesional Percy & Reed dari mana-mana cawangan Sephora seluruh Malaysia atau beli secara online di sini [www.sephora.my/brands/percy-and-reed].
Harga yang ditawarkan untuk tiub mudah dibawa 50ml (seperti di dalam gambar) bagi rangkaian Splendidly Silky Moisturizing Shampoo dan Splendidly Silky Moisturizing Conditioner adalah RM32 setiap satu manakala saiz botol besar 250ml adalah pada RM85 untuk syampu dan RM96 untuk perapi.
Tiada lagi masalah BAD HAIR DAY!