Tak pernah serik dan mengaku kalah itulah yang dapat digambarkan kepada kerajaan Israel apabila masih lagi menceroboh haram kawasan Palestin. Tanpa persetujuan mana-mana pihak mereka sering membuat keputusan sendiri tanpa menghiraukan perjanjian sebelum ini.
Menurut Presiden Perancis Francois Hollande, peningkatan pembinaan penempatan haram Israel di jajahan Palestin membuka jalan kepada pencerobohan.
Semalam, Israel meluluskan undang-undang membenarkan pembinaan kira-kira 4,000 rumah peneroka haram atas tanah persendirian Palestin di jajahan Tebing Barat.
Langkah itu telah mewujudkan kebimbangan antarabangsa. Hollande berpendapat, pertambahan penempatan itu akan membuka jalan terhadap pencerobohan jajahan diduduki Palestin.
“Israel dan kerajaannya perlu menyemak semula undang-undang terbabit,” katanya pada sidang media selepas bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini.
Abbas berkata, undang-undang diluluskan Israel bertentangan dengan peraturan antarabangsa.
“Ia adalah tindakan agresif ke atas rakyat kami,” katanya.