Betullah orang kata untuk cantik, apa sahaja sanggup dilakukan. Seperti wanita China ini juga yang sanggup menghabiskan satu juta yuan untuk kelihatan seperti pelakon cantik Angelababy.
Empunya diri, Wu Yu Qing berkongsi kisahnya yang menjalani pembedahan plastik di media sosial dan telah menjadi viral di China. Menurut wanita ini, dia nekad melakukan perubahan drastik setelah berkali-kali gagal dalam pertandingan nyanyian walaupun mempunyai suara yang hebat, semuanya kerana rupa paras.
Untuk itu, dia bersedia melakukan pembedahan plastik yang berharga satu juta yuan atau lebih daripada US $ 145,000 semata-mata untuk kelihata lebih cantik dan sempurna. Ianya melibatkan lebih daripada 10 prosedur untuk mengubah bahagian muka dan membuat mukanya lebih kecil. Untuk itu, dia memilih pelakon Angelababy kerana dia sangat meminati pelakon cantik ini.
Gambar-gambar berikut disusun dari hari pertama sehinggalah selepas prosedur.
Wu Yu Qing menjelaskan dia kini merasa lebih berkeyakinan kerana melihat dirinya lebih cantik setiap hari. Malah, menurutnya lagi seorang wanita perlu melabur untuk diri sendiri, sama ada secara dalaman atau luaran, untuk mendapatkan kepuasan.
Apa pendapat anda tentang wanita ini?