Jika anda pengikut Big Bang Top di Instagram, pasti ketahui bertapa obses Top terhadap seni. Malah, netizen sendiri beraggapan rumah mewah pemuda kacak ini kelihatan seperti muzium.
Untuk pengetahuan anda, rumah Top terletak di kawasan vila mewah di Yongsan, Rumah ini dikatakan bernilai kira-kira 3 bilion KRW (kira-kira 2.6 juta USD) di pasaran, dengan keluasan 90 pyeong (1 pyeong adalah kira-kira 3.3 meter persegi).
Dilaporkan, Top telah membeli dua buah rumah dan menggabungkan untuk ruang yang lebih besar. Beliau juga mempunyai hobi yang cukup sofistikated yakni mengumpul potret seni dari para artis serata dunia. Bahkan keseluruhan rumahnya boleh dikatakan seperti muzium.
Sebenarnya, ia tidak hairan kerana menurut rapper bersuara seksi ini, “95% daripada gajinya dihabiskan untuk pembelian karya seni”.
Anda tak percaya? Lihat beberapa koleksi gambar yang dikongsikan sendiri oleh Top.
Nak tengok lagi, follow sahaja Instagram Top. Okay rasa kagum tapi takut pun ada sebab rumahnya nampak kosong. Memang macam muzium.