Beberapa minggu sudah, kita digemparkan dengan berita kemunculan ‘Virus Misteri’ sehingga menyebabkan ramai pihak menjadi panik. Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ‘Virus Misteri’ yang diperkatakan itu hanyalah kencing tikus atau nama spesifiknya adalah Leptospirosis.
“Media telah tularkan penyakit itu sebagai ‘Virus Misteri’ yang menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai di Kajang, ia bukannya virus misteri,” katanya.
Tiga individu di Kelantan disahkan dijangkiti Leptospirosis pada Jumaat, yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir baru-baru ini di Tanah Merah.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, semalam berkata sebelum itu, ketiga-tiga mereka bersama tiga yang lain dimasukkan ke Hospital Tanah Merah Hospital (HTM) selepas menghadiri majlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor.
Walau bagaimanapun, dua kes H1N1 dilaporkan di Melaka semalam, membabitkan dua pelajar Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka Tengah.
Kementerian Kesihatan menasihati individu yang dijangkiti Virus Influenza A (H1N1) supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak virus berkenaan disebar kepada orang lain.
Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang sedang mengalami selesema, yang boleh membawa kepada selesema babi atau swine flu’ itu perlu mengasingkan diri daripada orang ramai atau memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.
“Mereka perlu memakai topeng muka bila berada di tempat awam dan memastikan tangan mereka bersih pada setiap masa,” katanya kepada pemberita pada acara Larian MySihat 2017 yang diadakan di Padang Merbok, di sini, pagi semalam.