Kata orang mata itu turun ke hati. Bagaimana pula dengan bibir yang mengucapkan kata-kata cinta, tidakkah ia juga turun ke hati?
Bersempena hari kekasih ini pasti ramai yang tercari-cari pelengkap gaya solekan yang sesuai dengan suasana romantis dan tidak keterlaluan. Warna merah jambu memang menjadi warna utama dalam memberi penampilan romantis pada si gadis.
Dengan itu rangkaian Lip Balm dari Estelle & Thild mencipta warna lip balm bagi merealisasikan hari kekasih romantis anda!
Disamping memberi pilihan empat warna merah jambu pilihan, ia diperkayakan untuk melindungi dan melembabkan bibir. Formulasi unik yang ringan melembutkan dan juga menaikkan seri warna bibir anda secara semulajadi.
Peony Pink
Poppy Pearl
Rosie Red
Blossom Beige
Dapatkan rangkaian Lip Balm dari Estelle & Thild di butik kecantikan Sephora seluruh negara atau klik sahaja http://www.sephora.my/brands/estelle-and-thild.