Anda pengumpul setia koleksi jam Casio? Dan anda juga peminat fanatik kumpulan Kpop Girls Generation?
Casio Malaysia Sdn. Bhd melancarkan dua tambahan bagi koleksi BABY-G dengan konsep ‘Tough’ dan ‘Cool’. Jam edisi terhad ini, BGA-230GGA dan BGA-230GGB hasil kolaborasi dengan kumpulan Kpop wanita utama Korea Selatan, Girls Generation.
Rekaan jam BABY-G kali ini dihasilkan dari konsep muzik dan fesyen dari kumpulan Girls Generation. Seperti diketahui ramai, BABY-G popular dengan rekaan sporty untuk mereka yang juga menitikberatkan tentang fesyen.
Terdapat dua warna pilihan iaitu putih dan hitam bersama gelungan warna emas merah jambu memberi efek elegan dan kasual. Warna ini diinspirasikan dari Girls Generation yang mempunyai dua karakter berbeza dipentas nyanyian dan dikaca televisyen.
Esklusifnya lagi, setiap model Baby-g ini mempunyai autograf khas dari 8 orang ahli kumpulan ini.
Model BGA-230GGA, berwarna hitam dengan autograf Tiffany, Taeyeon, Seohyun dan Sunny.
Manakala model BGA-230GGB, berwarna putih dengan autograf Yoona, Sooyoung, Yuri dan Hyoyeon.
Kedua-dua model dijual dengan harga RM749 setiap satu, boleh didapati di semua butik jam CASIO, G-Factory atau wakil jualan terpilih.