Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mati dipercayai telah pengsan terlebih dahulu ketika dalam perjalanan ke hospital dari KLIA2 semalam.
Walaupun identiti mangsa masih lagi disiasat, warta dari luar negara melaporkan bahawa mangsa adalah Kim Jong Nam, 46, yang telah dibunuh oleh dua orang wanita Korea berpangkat.
Polis mengesahkan insiden itu sebagai kematian mengejut.
“Buat masa ini masih belum ada suspek yang ditahan, tetapi kami sudah pun memulakan siasatan dan mencari beberapa punca dan kemungkinan yang telah menyebabkan kematian,” jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.
“Mangsa ada terasa seperti orang menekup wajahnya dari belakang,” tambah Fadzil. “Dia kemudian terasa pening lalu meminta pertolongan di kaunter KLIA.”
Walau bagaimanapun, menurut polis lagi, mangsa berkunjung ke Malaysia bersama pasport menggunakan nama Kim Chol.
Kim Jong Nam adalah anak individu yang sering mendapat perhatian umum sebelum Kim Jong Un mengambil alih kuasa bapanya.
Laporan juga ada berkata, Kim Jong Nam terkeluar dari takhta pemerintahan negara selepas cubaan beliau untuk masuk ke Disneyland Tokyo, Jepun menggunakan dokumen palsu sekitar 2001.
Sejak dari itu, hidup Kim Jong Nam ibarat melarat namuntidak sesiapa pun tahu ke mana beliau menghilangkan diri selama ini. Beliau dikatakan pernah tinggal di Macau, China dan tidak menghadiri upacara pengembumian bapanya pada 2011. Ada ura-ura mengatakan yang Kim Jong Nam mungkin telah dibuang negara.
TERKINI: “Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.
“Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita,” katanya.
“Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.
“Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia,” jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.