Philips Malaysia terus mengukuhkan nama jenamanya dengan merasmikan kedai kedua mereka di Gardens Mall, Mid Valley City. Dirasmikan oleh Muhammad Alil Jaleel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Philips Malaysia bersama-sama Fuji Sartono, Ketua Bahagian Pemasaran Philips Lighting Malaysia.
Kedai Jenama Philips menawarkan pusat sehenti buat pelanggan untuk menikmati sendiri pengalaman holistik dengan pelbagai rangkaian penuh produk Philips daripada segi penjagaan peribadi sehinggalah pencahayaan. Pelanggan boleh mencuba dan melihat sendiri produk serta mendapatkan informasi yang tepat kepada pegawai yang berpengetahuan.
Dengan pembukaan kedai terbaru di Gardens Mall menambah lagi rangkain runcit sedia ada, termasuk Kedai Jenama di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur dan di Sutera Mall, Johor Baru dan Butik Pameran di Menara Axis, Petaling Jaya serta di Pulau Pinang. Selain itu, Philips juga mempunyai kedai dalam talian Blip.my dan kedai khusus bagi pencahayaan dan kesihatan peribadi Philips di lazada.com.my. Philips memberi akses mudah buat pelanggan sama ada pelanggan ingin mendapatkan produk didalam atau luar talian.
Kedai Philips terbaru ini berada di lokasi Lot S-239B, Tingkat dua, The Gardens Mall dan boleh dihubungi menerusi talian 03-2201 3285. Waktu perniagaan daripada jam 10pagi hingga 10malam setiap hari.