Dahulu, kita semua gempar dengan tindakan beberapa remaja meletakkan nyawa pada tahap bahaya apabila ‘berani mati’ untuk memanjat papan tanda IPOH tanpa menggunakan sebarang peranti keselamatan.
Baru-baru ini, ada pula individu di negara lain yang turut memperjudikan nyawa semata-mata bagi mendapatkan sudut rakaman terbaik untuk foto Instagramnya.
Jelitawan Rusia, Viki Odintcova, 23, mula meraih publisti apabila sanggup berpaut hanya pada lengan temannya di penjuru sebuah bangunan setinggi 307 meter di Dubai tanpa sebarang peranti keselamatan.
Menerusi rakaman video pendek yang dimuat naik, Viki pada mulanya cuba bersandar kemudian perlahan-lahan menurunkan kaki di penjuru bangunan yang dikenali sebagai Cayan Tower berkenaan.
Tonton Aksi Ngeri Viki Odintcova Berpaut Di Penjuru Cayan Tower Tanpa Bantuan Peranti Keselamatan
https://www.instagram.com/p/BQDdRRbAP5g/?taken-by=viki_odintcova&hl=en
Lagak ngeri itu bagaimanapun berakhir dengan selamat meskipun Viki sendiri mengakui bahawa dirinya begitu cemas saat melakukan aksi yang mungkin akan meragut nyawanya jika tersilap langkah.
Katanya, “Saya masih tak percaya bahawa saya telah berjaya melakukannya. Setiap kali saya tonton kembali video ini, telapak tangan saya akan berpeluh.”
Viki yang kini mempunyai hampir tiga juta mengikut di akaun Instagramnya tidak ketinggalan menerima pelbagai reaksi berikutan video tersebut yang telah viral sejak beberapa hari lalu.
Tonton Video Angela Nikolau Rakam Selfie Dari Struktur Bangunan Tinggi
Sebelum ini, seorang gadis bernama Angelina Nikolau, 23, juga dari Rusia pernah bertindak tegar kerana gemar melakukan lagak ngeri -merakam swafoto di tempat-tempat tinggi.