Dilaporkan, salah satu produk kosmetik Kylie Jenner iaitu Rangkaian Palet Pembayang Mata menerima kritikan selepas pelanggan mengadu pening kepala.
Lebih kurang 15 orang mengadu palet pembayang mata Kylie iaitu Kylie Royal Peach berbau bahan kimia dan cecair gam yang kuat selepas membukanya.
https://www.instagram.com/p/BQWUbkxlTka/?taken-by=kyliecosmetics
https://www.instagram.com/p/BPbUXQZjhPw/?taken-by=kyliecosmetics
Setengah pengguna menyamakan bau tersebut seperti penyembur cat sehingga ada yang terpaksa membuangnya walaupun baru membeli bungkusan palet itu. Salah seorang pengadu pula memberitahu yang dia mengalami sakit kepala yang kronik selepas terhidu produk tersebut.
https://twitter.com/antoinettemorrr/status/825047347310755840?ref_src=twsrc%5Etfw
Imma need my money back for this Kylie cosmetics royal peach palette . This shit smell like a low rate chemical lab . Her shit 4eva fcked up
— Wiggins (@wayfareress) January 22, 2017
https://twitter.com/xmorganbaby14/status/826506312108355586?ref_src=twsrc%5Etfw
Untuk meredakan keadaan, pihak Kylie Cosmetics kemudian memeriksa bungkusan palet tersebut dan memberitahu bau kuat tersebut berpunca daripada kotak produk. Mereka juga memaklumkan bahan kosmetik yang dijual oleh Kylie Cosmetics semuanya selamat dan tidak berbahaya kepada kulit.
Yang pasti, Kylie Cosmetics antara produk kosmetik paling berjaya di Hollywood dan mendapat sambutan hangat hanya seminggu selepas pelancarannya.
Bagaimanapun Kylie pernah beberapa kali berpesan dengan peminatnya untuk membeli produknya yang asli. Beberapa laporan turut mendakwa produk kosmetik Kylie Jenner yang palsu telah banyak berada di pasaran. Oleh itu Kylie mengingatkan peminat setianya untuk membeli dengan rangkaian pengedar Kylie Cosmetics yang sah!