Johnson’s hari ini mengadakan acara berunsur pendidikan dengan ibu selebriti, Scha Alyahya dan cahaya matanya, Lara Alana, yang sememangnya sentiasa menawan hati rakyat Malaysia. Acara ini bertujuan untuk mendidik ibu bapa mengenai kepentingan penjagaan kulit kanak-kanak bertatih.
Tujuannya adalah untuk membolehkan orang ramai, terutamanya ibu bapa untuk belajar mengenai kepentingan penjagaan kulit kanak-kanak bertatih serta manfaat rangkaian produk Johnson’s Milk.
Rangkaian produk Johnson’s Milk dirumus khas untuk memberikan perlindungan lengkap kepada kulit kanak-kanak bertatih yang lembut. Susu, beras dan oat memang kaya dengan nutrien serta vitamin. Maka ia dapat menawarkan pelbagai manfaat kesihatan bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah untuk seisi keluarga.
Rangkaian produk Johnson’s Milk + Rice sesuai untuk kulit normal. Ia membersih dan mengekalkan keadaan kulit yang lembut serta licin. Produk dalam rangkaian ini termasuklah buih mandian, losyen dan bedak. Sementara itu, rangkaian produk Johnson’s Milk + Oats pula membersih serta memulihkan kulit yang kering dan kurang sihat. Ia menawarkan dua kali lebih kelembapan selepas digunakan, sekali gus membuatkannya sesuai untuk kulit kering. Rangkaian produk baharu ini merangkumi mandian dan losyen.
“Saya menerokai banyak perkara baru sepanjang tempoh pembesaran Lara. Saya belajar bahawa selain makan dan tidur yang mencukupi, penjagaan kulit juga penting terhadap kesihatan Lara. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Johnson’s dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit kanak-kanak bertatih. Saya berasa tenang kerana mengetahui produk yang saya gunakan pada Lara bukan sahaja lembut, malah dirumus khas untuk kanak-kanak bertatih. Saya berharap ibu-ibu yang lain juga boleh tenang seperti saya,” kata Scha Alyahya.