Tiada rahsia lagi kerana sememangnya Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada adalah seorang lelaki yang menawan.
Beliau telah mencuri hati rakyat dari seluruh dunia sejak beliau dipilih sebagai Perdana Menteri malah tidak hairan juga beberapa tokoh terkenal turut terpaut dengan tarikan lelaki berkaliber ini.
Beberapa hari lalu, beberapa gambar Ivanka Trump yang sedang merenung maut Justin Trudeau mencetuskan meme baru di media sosial. Malah, ada segelintir netizen beranggapan Ivanka seperti ‘ada hati’ pada Trudeau.
Bukan sahaja Ivanka, beberapa tokoh lain seperti Queen Elizabeth, Emma Watson, Barack Obama, Kate Middleton turut terpesona dengan Trudeau.
Baiklah, siapa boleh salahkan mereka kerana Trudeau benar-benar seorang lelaki yang menarik.