Tahukah anda bahawa warna dapat mempengaruhi mood serta emosi seseorang. Jadi, apa warna kegemaran anda?
Sebagai salah satu jenama peneraju alat tulis terkemuka, Stabilo sering mengeluarkan koleksi pen terkini yang bukan sahaja meliputi fungsi kepenggunaan bahkan ciri gaya yang cuba diketengahkan agar menepati cita rasa pengguna alaf baru.
Baru-baru ini jenama tersohor itu tampil dnegan koleksi pen gel baharu yang digelar Stabilo Palette Retractable Gel Pen. Ia hadir dalam tujuh warna pilihan yang sensasi, konsistensi pergerakkan pen juga boleh dikatakan lebih lancar dilengkapi mata pena jenis 0.5mm.
Antara ciri-ciri istimewa Stabilo Palette Retractable Gel Pen adalah termasuk perincian getah genggaman yang lembut dan selesa, dilengkapi indikasi dakwat serta ditawarkan dalam pelbagai warna menonjol yang bisa menyebar aura positif pada diri seseorang.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi Stabilo Malaysia di www.facebook.com/STABILOMALAYSIA. Koleksi Stabilo Palette Retractable Gel Pen ditawarkan dalam dakwat rona hitam dan biru, boleh mula dibeli pada harga RM4.90 setiap satu.