Kejadian tembakan yang melibatkan seorang wanita maut berlaku di Taman Pekaka 1, Gelugor, Georgetown pada kira-kira jam 6 petang semalam.
Menurut sumber Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memandu BMW putih miliknya sebelum dihampiri dua orang lelaki bermotosikal dan sehingga kini identiti mangsa belum dikenal pasti.
“Suspek kemudian melepaskan lebih tujuh das tembakan dan tiga daripadanya terkena kepala mangsa.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya
dari sumber Berita Harian pula melaporkan wanita terbabit sedang hamil dan penembak melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan.
Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu.
Bernama pula melaporkan, mangsa adalah seorang ahli perniagaan dan difahamkan mangsa sedang memandu sendirian ketika kejadian.
“Enam das daripada tembakan itu mengenai bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah.
Sementara itu, satu video yang tersebar di media sosial yang dipercayai memaparkan bagaimana kereta BMW merempuh sebuah kereta ketika kejadian.