Jenama pakaian dan aksesori Amerika, Chaps kini boleh didapati di Pavilion Elite dan (Lot 4.100.00) dan 1 Utama Shopping Centre (Lot G130)!
Dicipta oleh pereka terkenal Ralph Lauren, label itu dibawa masuk ke Malaysia oleh kumpulan rantaian bekalan Luen Thai Retail Malaysia Sdn Bhd.
Mula ditubuhkan pada tahun 1978, Chaps mendapatkan inspirasi daripada Amerika, yakni termasuk nautika, cetakan bunga halus, cetakan berjalur – kesemua menyerlahkan penampilan yang klasik dan sederhana.
Sama ada mencari blazer, pakaian sukan atau blaus, Chaps memberikan banyak pilihan dari semua pringkat uumur, termasuk juga pelbagai bentuk badan dan saiz.
Jadi, apa tunggu lagi dapatkan helaian kegemaran anda sekarang di Chaps!