Tama tema atau taman hiburan adalah salah satu tempat terbaik untuk menghilangkan tekanan. Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga sambil membawa anak-anak, sekali-sekala melawat taman tema pun best juga!
Yup, lagi seronok jika yang masih bujang pergi bersama dengan teman-teman rapat untuk menikmati keseronokan berganda yang lebih daripada sekadar melawat tempat-tempat bersejarah atau melihat pemandangan indah dari gunung tinggi.
Ewah-ewah, tengok nenek ni bukan main seronok lagi dia sebab baru pertama kali cuba Roller Coaster!
Nak tahu taman tema mana memiliki permainan tunggangan Roller Coaster paling hebat? Ini Wanista senaraikan sebagai rujukan.
#1 Takabisha @ Fuji-Q Highland, Jepun
Terdapat lebih 7 tunggangan Roller Coaster di taman hiburan Fuji-Q Highland. Salah satu yang paling menggerunkan adalah Roller Coaster yang digelar Takabisha ini.
#2 Graviti Max @ Lihpao Land, Taiwan
Ini mungkin salah satu Roller Coaster yang paling menyeramkan! Kalau nak tahu kenapa seram kena tonton sendiri video di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=3JgDBjWCDdI
#3 Sky Scream @ Holiday Park, German
Roller Coaster Sky Scream mungkin sedikit berbeza kerana mempunyai dua arah pergerakan. Pasti membuatkan penumpang jadi lebih kecut perut! Turun dari depan pun ya, dari belakang pun ya.
#4 Ultra Twister @ Nagashima Spa Land, Jepun
Penulis nasihatkan, kalau anda jenis individu yang cepat mual, jangan berani cuba-cuba naik tunggangan yang ini.
#5 Intimidator 305 Roller Coaster @ Kings Dominion, Virginia
Antara Roller Coaster yang mempunyai trak menjunam terus seolah-olah anda bakal dicampak dari atas terus jatuh ke tanah! Cool habis!
#6 The Smiler @ Alton Tower, UK
Seram sebab terlalu banyak trak berpusing dan ya, pergerakkannya sangat laju sehingga anda mungkin sesak nafas!
#8 Stealth @ Stealth Thorpe Park, Surrey
Okay, yang ini walaupun waktu permainannya singkat kerana mengambil masa tidak sampai satu minit pun tapi impak adrenalinnya seolah buat orang rasa nak mati.
#9 X-Scream @ Stratosphere Tower, Las Vegas
Siapa yang naik ni maknanya dia memang jenis berani mati. Sungguh tak tipu!
#10 Formula Rossa @ Ferrari World, Abu Dhabi
Roller Coaster terlaju di dunia. Nama pun dah “Formula” jadi mestilah lajunya pun macam kereta lumba Formula 1!
Siapa yang sukakan aktiviti ekstrem dan terdetik mahu keluar daripada “comfort zone” diri, bolehlah cuba aktiviti menarik macam ni bila melancong! Mesti puas hati punya!
Selamat melancong semuanya 🙂