Mencukur adalah perkara yang paling mustahak untuk diambil kira kerana ramai wanita tidak tahu, pencukur biasa yang diulang banyak kali penggunaannya tanpa menganti bilah pisau cukur tersebut sebenarnya boleh memberi iritasi kepada kulit disebabkan pembiakan bakteria.
Oleh itu, penting untuk kita semua menjaga kesilatan kulit terutamanya bahagian alat sulit serta di kawasan sensitif sekitar bawah lengan.
Tiada lagi masalah dan keraguan kerana Veet baharu sahaja memperkenalkan inovasi terkini yang berbentuk pencukur elektronik Veet Sensitive Touch mudah dibawa yang siap berfungsi untuk mencukur kening, bawah lengan, garisan bikini serta bulu-bulu halus pada wajah! Hebat bukan?
3 FUNGSI DALAM SATU PERANTI
Bilah kecil (tengah) dan panjang digunakan untuk mencukur bahagian kening manakala bilah lebar (paling kiri) pula digunakan untuk mencukur kawasan permukaan yang besar seperti bahagian bawah lengan serta sekitar garisan bikini. Pelindung kepala bilah lebar berwarna merah jambu (paling kanan) digunakan untuk proses “trim” bagi menyamaratakan panjang rambut/bulu.
Untuk pengetahuan semua, pencukur ini bukan sahaja boleh mencukur, malah mampu berfungsi sebagai “trimmer” untuk menyamaratakan panjang rambut/bulu agar tampak lebih kemas dan profesional.
Tiada risiko dalam menggunakan pencukur elektronik ini kerana ia memang direka khas dengan menitik beratkan tentang keselamatan pengguna di mana, bilah pisaunya tidak akan sekali-kali dapat menuentuh bahagian permukaan kulit. Pengguna tidak akan terluka mahupun cedera.
Veet Sensitive Touch hanya beropersi menggunakn satu bateri saiz AA (double A) dan cara membersihkannya adalah dengan menggunakan berus mini yang dibekalkan bersama dalam paket pembelian kemudian boleh mencabut kepala pencukur untuk membilasnya dengan air paip.
Panduan Membersih & Menggunakan Veet Sensitive Touch
https://www.youtube.com/watch?v=c1YAIlzb2dk
Sekarang dengan Veet Sensitive Touch, wanita Malaysia tak perlu dapatkan servis pembentukan kening dan waxing di cawangan spa terkemuka lagi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.veet.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Veet Malaysia di [www.facebook.com/VeetMalaysia]. Harga yang ditawarkan adalah RM119/unit.