Siapa kat sini mata dia warna coklat?!
Okay baiklah, semua wanita Malaysia kebanyakannya memang mempunyai anak mata berwarna coklat cerah atau gelap. Sesuai dengan warna kulit kita yang kuning langsat, sawo matang sehinggalah yang hitam manis.
Sekarang ramai yang mengenakan kanta lekap untuk kelihatan match dengan solekan mata tapi tak semua mampu dan berani untuk melengkapkan gaya dengan kanta lekap. Jangan risau sebenarnya memiliki warna anak mata coklat sangat beruntung kerana ia adalah warna neutral dan hampir semua warna pembayang mata mampu menyerlahkannya!
Wanista kongsikan palet warna pembayang mata dari koleksi Sephora Hello Lovely yang paling cocok untuk anda.
Palet comel berbentuk segitiga ini mempunyai 9 warna pilihan matte dan shimmering.
Bagi si dia yang mata berwarna coklat, palet ini wajib menjadi aksesori kosmetik anda kerana ia mengandungi 3 warna utama yang sesuai. Jom ketahui warna apakah itu?
Pembayang Mata Palet No.3,6,7 : Ungu
Warna ungu juga antara warna universal kerana ia sesuai untuk semua jenis warna rambut, mata dan kulit. Khas untuk anda yang mempunyai anak mata coklat, warna ungu paling kontra dan menyerlahkan mata anda. Warna ungu bertona kebiruan paling terbaik untuk si mata coklat.
Pembayang Mata Palet No 4,5,9 : Silver
Si mata coklat biasanya kelihatan redup, jika anda mempunyai acara malam cuba aplikasi pembayang mata terang seperti warna silver. Secara tidak langsung warna silver dan sedikit shimmering memberi rona ‘garang’ pada mata anda. Nasihat Wanista hati-hati apabila memakai warna silver dibawah garis mata ia boleh menonjolkan lingkaran gelap mata.
Pembayang Mata Palet No.1,2,8 : Coklat/Emas
Nak warna yang selamat dan mudah? Gandingkan warna mata anda dengan pembayang berwarna coklat juga. Ianya sesuai untuk aplikasi setiap hari ke pejabat atau majlis kasual. Takut kelihatan boring, anda boleh menambah warna emas digarisan mata atau warna-warna lain seperti hijau atau ungu. Tak perlu risau kerana coklat itu warna neutral mampu mengadun semua warna menjadi sebati cantik tanpa kelihatan keterlaluan.
Dapatkan Sephora Hello Lovely 9 Eyeshadow Palette hanya berharga RM45 di seluruh butik Sephora Malaysia atau secara talian di http://www.sephora.my/products/sephora-collection-hello-lovely-palette. Selain itu, dapatkan tips solekan pembayang mata dari kami dan koleksi palet pembayang mata Sephora The Delicate DISINI!