Disahkan harga bagi minyak diesel akan naik 5 sen seliter manakala harga untuk minyak petrol biasa termasuk RON95 dan RON97 adalah kekal bagi bulan Mac.
Harga semasa diesel naik kepada RM2.20 seliter dari RM2.15 sebelum ini.
RON95 dan RON97 masih kekal pada RM2.30 dan RM2.60 seliter seperti mana bulan terdahulu.
Kenyataan ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan telah berkuatkuasa sejak tengah malam semalam.