Rihanna Terima Anugerah Kemanusiaan Dari Universiti Harvard

Bukan sahaja terkenal dengan hasil karya seninya, penyanyi Rihanna melakar sejarah apabila menerima Anugerah Kemanusiaan Tahunan 2017 oleh Universiti Harvard di sini semalam.

Pada majlis itu, Rihanna yang juga pemenang Anugerah Grammy Anugerah  menerima anugerah tersebut oleh Pengarah Yayasan Harvard, Allen Counter.

“Anugerah ini umpama saya telah berjaya melangkah ke Harvard (universiti). Saya tidak pernah menyangka akan diberi peluang untuk bercakap seperti ini dan saya berasa begitu gembira,” katanya.

Difahamkan, Rihanna dipilih kerana pembabitannya dalam kerja-kerja amal termasuk pembinaan pusat berkaitan onkologi dan perubatan nuklear bagi mendiagnosis serta merawat kanser payudara di Barbados.

Foto – Hypebeast

Pada masa yang sama, pe­nyanyi yang popular dengan lagu Work dan Diamonds itu juga menyokong Projek Kerjasama Global untuk Pendidikan dan Warganegara Global yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak di lebih 60 buah negara membangun.

Rihanna juga mewujudkan program biasiswa Yayasan Clara Lionel yang dinamakan sempena nama keluarga datuknya untuk penuntut Caribbean di kolej-kolej di Amerika Syarikat (AS).

Selain Rihanna, dua lagi individu yang pernah meraih anugerah sama sebelum ini termasuk aktor, James Earl Jones serta aktivis wanita yang juga penerima Anugerah Nobel termuda, Malala Yousafzai.

SUMBER

BACA:  Fenty Beauty: Cipta Solekan Menawan Rihanna Ketika Premier Black Panther

Related Posts