Titan, pengeluar jam kelima terbesar di dunia, begitu teruja memperkenalkan Neelofa sebagai duta Titan di Malaysia.
Neelofa berjaya menarik perhatian Titan untuk melamarkannya sebagai duta kerana personalitinya yang berani dan penuh dedikasi dalam mencapai kejayaan dan ini amat bertepatan dengan moto jenama ini.
“Saya begitu teruja dan amat berterima kasih pada Titan kerana memilih saya sebagai duta jenama. Saya memang meminati jenama Titan kerana keunikan rekaannya dalam setiap koleksi.
“Kini saya mempunyai teman sempurna yang bukan saja menunjukkan waktu untuk saya, tapi juga melengkapi gaya saya untuk sebarang acara. Saya tak sabar nak kongsi koleksi yang saya pilih sendiri dengan anda dan saya harap anda juga akan menjumpai teman sempurna anda!” kata Neelofa.
Kolaborasi yang berkempenkan ‘Lahirnya Detik Kejayaan’ ini mengetengahkan Neelofa dalam semua kempen digitalnya yang memaparkan detik-detik kejayaan buat Neelofa bersama teman sempurnanya, Titan, selama setahun. Peminat-peminat Neelofa boleh menantikan koleksi pilihan istimewa Neelofa seperti Raga, Edge, Neo dan Purple yang bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Jam Titan dijual pada harga RM220 dan ke atas serta boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Titan di seluruh negara.