Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Ini Rupanya Rahsia Diet Queen Elizabeth Untuk Panjang Umur

by Afiqah Syamin
March 3, 2017
Sumber: David Bebber - WPA Pool/Getty Images

Sumber: David Bebber - WPA Pool/Getty Images

34
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti semua akan ingat, cara pemakanan di dalam istana adalah jauh lebih eksklusif, dihidang dengan pelbagai masakan enak-enak seperti yang ditawarkan di restoran bertaraf Michelin Star.

Namun, apa yang anda tidak tahu, Queen Elizabeth II yang kini genap 91 tahun hanya makan bijirin Special K yang dibekalkan dalam bekas kedap udara tupperware untuk sarapan paginya.

Wajah terkini Queen Elizabeth. Sumber: David Bailey/Press Association Images

“Sayangnya ratu bukanlah jenis yang suka makan. Beliau makan untuk hidup. Berbeza dengan suaminya Prince Philip yang sememangnya gemar sangat makan”, kata tukang masak peribadi Queen Elizabeth, Darren McGrady.

Foto - The Pianoforte

Bukan Setakat Hilang Stress, Banyak Manfaat Pada Kesihatan Kalau Main Piano

December 18, 2020
Foto - Insider

8 Makanan Baik Boleh Hilangkan Panik Semasa Penerbangan

November 18, 2020
Queen Elizabeth bersama dua orang anaknya Prince Charles dan Princess Anne dalam sebuah potret keluarga yang dirakam tahun 1954. Sumber: Marcus Adams/Camera Press

Meskipun seorang Ratu, Queen Elizabeth sangat peka akan apa yang ada di atas pinggannya. Dia akan ambil tahu setiap aspek berkenaan makanan yang disediakan untuknya. Menurut laporan yang dikeluarkan The Telegraph, Queen Elizabeth akan melihat meneliti semua hidangan yang dicadangkan untuknya kemudian barulah memutuskan apa yang beliau suka dan tidak.

Queen Elizabeth gemarkan coklat, sukakan daging yang dimasak sempurna (well-done) dan roti sandwich pula harus disediakan tanpa kerak roti.

IKLAN

Queen Elizabeth di samping suami tercinta, Prince Philip. Sumber: Chris Jackson/Getty Images

McGrady jelaskan lagi, coklat adalah sebahagian ramuan hidangan yang akan dihidang ketika waktu minum teh tengahari. Ini termasuklah pie coklat atau kek biskut coklat. Coklat biasa jenama Cadbury dan Nestle memang sentiasa ada di dalam istana.

Selain mengamalkan memakan coklat, Ratu akan memantau diet hariannya. “Paling penting, tidak ada kanji dalam sebarang makanan yang diambil.

“Ratu memang akan mengelak dari mengambil makanan yang bersumberkan karbohidrat tinggi seperti kentang, nasi atau pasta sebagai makan malam,” jelas McGrady.

Oleh itu, beliau akan makan sesuatu yang dipanggang dan ditemani hidangan seperti sayur-sayuran dan salad.

Wajah terkejut Queen Elizabeth. Sumber: Mark Stewart.

Sebenarnya, hidangan di istana tidaklah semewah yang kita sangkakan. Macam tak percaya Queen Elizabeth makan bijirin menggunakan tupperware kan? 

Meskipun hidup mewah, Queen Elizabeth amat berkira-kira dalam kewangannya. Makan, makan juga tapi adalah mustahak untuk menguruskan bajet dengan rapi.

SUMBER

Tags: beritabritainBuckingham PalacecadburyCara Queen Elibeth Jaga PemakananDarren McGradyDiet DirajaDiet Ikut Cara Queen Elizabethenglandisu semasaKeluarga Diraja Britainkesihatanmakanannestlequeen elizabethQueen Elizabeth dan Prince PhilipQueen Elizabeth dan SuamiQueen Elizabeth Suka Makan CoklatRatuTukang Masak Peribadi Queen Elizabeth
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.